Tuesday, March 27, 2012

Kembara buku – travel for books( Program RTM)


Kumpulan RTM yang mengarahkan program kembara buku telah menemuramah saya mengenai novel saya “nagarnthu kondirukkum vaasalgal- Pintu yang beralih). Mereka adalah dari media mewakili RTM sedang mengarahkan sebuah program berepisod mengenai buku buku seluruh dunia. Peprpustakaan Negara telah mengadakan satu perjanjian program dengan mereka agar dapat mengumpulkan maklumat dan respons penulis keluaran buku buku tempatan.

Apakah kandungan Novel anda dan jalan ceritanya?

Balamurugan: Novel ini menceritakan kisah dan cabaran orang india yang tinggal di ladang getah. Ia mengutamakan kisah sebuah keluarga yang menjadi pecahbela akibat tidak dapat menghadapi majikan majikan yang keras menyedut darah tenaga pekerja. Perkara utama yang menjadi jalan cerita adalah bagaimana kehutangan mengejar mereka sampai melarikan diri daripada kehidupan. Ia menjadi cabaran utama yang mencetuskan institusi keluarga.

Bilakah En.Bala mula minat dalam penulisan?

Balamurugan:Saya seorang yang suka membaca sejak saya di sekolah menengah. Apabila sampai di Institut perguruan saya mula menulis cerpen. Cerpen saya mendapat hadiah di peringkat institut dan Negara dalam pertandingan menulis cerpen tamil. Itulah titik permulaan saya sebagai seorang penulis.

Adakah novel ini memenangi anugerah lain?

Balamurugan: ya. Novel ini telah memenangi tiga anugerah dalam dua tahun ini.Pertama Januari 2011 University Tanjai India menganugerahkan Novel ini sebagai “Anugerah Karikalan”. Seterusnya Kerajaan Negeri Selangor menganugerahkan “Anugerah bakat muda bagi kategari Novel Tamil” kepada saya atas pimpinan Majlis Belia dan sukan negeri Selangor. Selain itu novel ini juga telah member peluang kepada saya untuk mendapat “Anugerah Pemuda terbaik 2011” yang diberikan oleh Majlis belia Negeri kedah.

Penemuramah: Inilah Encik.K.Balamurugan penulis novel terbaik di kalangan penulis Tamil. Seorang tokoh bagi Novel tamil. Tahniah diucapkan kepada beliau.
25th march 2012, Perpustakaan Negara, (National library of Malaysia)

K.Balamurugan