Tuesday, December 22, 2009

keciciran zaman kanak kanak

beginilah gambar gambar kartun yang diciptakan demi menghancamkan dunia kanak kanak yang penuh dengan keajaiban yang tidak dapat difahami oleh dewasa.

bentuk rupa kartun kartun ini sengaja diciptakan begini sebagai benda yang kelakar tetapi kartun kartun ini adalah puncak yang membentuk zaman kanak kanak. segala mimpi dan segala keharapan sentiasa diikuti seperti bayang bayang kekanakan.

Tuesday, December 1, 2009

Penumpang yang hilang

Penumpang yang hilang
masih tidak kembali
sesungguhpun kampungku
dalam kesunyian yang tidak dapat
dikembalikan.

bahasaku
menghilangkan sukukata
menghilangkan perkataan. . .
dalam kesunyian yang padat
bahasaku menghilangkan diri.

kami sekampung menjadi bisu
tanpa sebarang perkataan,
tanpa sebarang pengumuman
tanpa sebarang keadilan.

dalam suatu hari yang gelap
penumpang penumpang kembali
dengan tangan kosong
untuk melawat
saudara maraku yang hilang
segalanya. . . .

k.balamurugan
Malaysia

Protect our Tamil Language

say yes to SPM12, protect our tamil language & literature. . . .
all brother and sister of our malaysian, please come to full force to protest. . .
gathering at wisma Peladang (totta maaligai) Petaling jaya on 12.12.2009 saturday , 10am
Protect our right!. .

yours. .
Indian's NGO's

Nota: Dalam era satu Malaysia ini yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Yang Berhormat dato seri Najib Tun Razak, bahasa kegunaan rakyat Malaysia tidah harus menjadi bahasa  pilihan dalam Peperiksaan SPM. Sedangkan bahasa Tamil dan sastera tamil adalah satu media perhubungan dan kegunaan asas kepada sebuah kaum penting dalam Negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan adil. Ia tidak seharusnya menjadi tanda soal dan jikalau bahasa tamil dan sastera tamil menjadi bahasa pilihan kepada Pelajar india, ia akan menjadi senario yang mewujudkan ketidakpuasan rakyat satu Malaysia.
 
Pelajar sastera yang akan mengambil Prinsip akaun atau Pelajar sains yang memilih Prinsip Akaun sebagai pilihan kedua, tetap sekali tidak dapat mengambil Bahasa Tamil sastera, kerana jadual waktu SPM yang dirancangkan menunujukkan Prinsip akaun dan Bahasa Tamil sastera adalah akan diduduki pada masa yang sama seperti mengikut jadual. Ini mengecewakan rakyat india di seluruh Malaysia. Apakah keadaan bahasa Tamil dan sastera Tamil pada masa depan?
 
k.balamurugan
sungai petani, Kedah

Sunday, November 29, 2009

imejku yang palsu

ku tinggalkan
imej yang palsu
dalam semua pertemuan
yang tidak dijangka.

muka muka yang sampai
ditingkapku
masih mengharapkan
keikhlasanku.

demi memuaskan mereka
saya meninggalkan
imejku yang palsu
pada setiap laluan yang aneh.

imejku yang palsu
dapat ketawa secara palsu
dapat bersalam secara palsu
dapat bertunduk secara palsu
dapat membuat orang ketawa secara palsu.


imejku lebih pandai
daripada aku dalam
menghasilkan kepalsuan
demi mengembirakan
orang diluar sana.. . .

translated from my tamil poem
k.balamurugan
sungai petani

lawatan sambil belajar murid murid

Sekolah kami Sjk(T) Ladang harvard bahagian 3 gurun Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar je Putrajaya dan Kuala Lumpur selama 4 hari bermula dari 19 hingga 22 november ini.


Hari Pertama kami pergi bersiar siar kat putrajaya dan dapat peluang bertemu dengan pegawai pegawai kat Kementerian Belia dan sukan. Mereka yang menyumbangkan makanan kepada murid murid pada tengahari itu.

Putrajaya menakjubkan beberapa orang murid kerana bangunan bangunan yang berteknologi tinggi semakin wujud walau semakin jauhpun.


segala yang ditemui dapat dilupakan tetapi suara murid-murid yang pertama sekali melihat Kuala lumpur masih kekal dalam hatiku. . ( murid murid dari kawasan pedalaman dan dari keluarga yang miskin.)

k.balamurugan
sungai petani

Friday, November 27, 2009

Suaraku yang lemah

Suaraku hanya mempunyai
Daya tahan yang kau inginkan
Tidak akan sampai
Disempadan yang kau harapkan

Suaraku hanya mengugurkan
Kegetaran yang boleh patahkan semangat
Yang dirancangkan oleh kamu

Suaraku yang lemah
Sentiasa menghilangkan
Kekuatanya apabila menemui
Warga atasan
Yang berkuasa muthlak.

Inilah takdir
Yang dikurniakan
Kepada suaraku yang muncul
Dikalangan orang umum
Disana. .

k.balamurugan
Sungai Petani, malaysia