Tuesday, December 1, 2009

Penumpang yang hilang

Penumpang yang hilang
masih tidak kembali
sesungguhpun kampungku
dalam kesunyian yang tidak dapat
dikembalikan.

bahasaku
menghilangkan sukukata
menghilangkan perkataan. . .
dalam kesunyian yang padat
bahasaku menghilangkan diri.

kami sekampung menjadi bisu
tanpa sebarang perkataan,
tanpa sebarang pengumuman
tanpa sebarang keadilan.

dalam suatu hari yang gelap
penumpang penumpang kembali
dengan tangan kosong
untuk melawat
saudara maraku yang hilang
segalanya. . . .

k.balamurugan
Malaysia

5 comments:

  1. Assalamualaikum. Bala benarkah Bala sudah menjadi muslim. Jika benar baguslah. Saya sendiri boleh membantu, mungkin sebagai saudara seislam. Tapi tulisan Bala memang sangat menarik. Tahniah dan salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. salam berkenalan. Bagi pengetahuan anda, saya bukan muslim. saya tidak memberitahu sebarang statement mengenai agama atau kaum. disini saya hanya ingin menghasilkan karya dalam bahasa malaysia dan berkenalana dengan saudara saudara atau penulis tempatan. harap maaf kawan.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera.....berbanggalah anda sebagai "tamilan" dan teruskanlah perjuangan anda untuk "tamilvargam'
    kami akan menyokong anda dalam bidang penulisan, sememangnya saya mempunyai pelbagai isu yang memperjuangkan hak dan kebebasan kaum kita

    selamat maju jaya

    ReplyDelete