Monday, October 3, 2011

Poem: Berita itu sampai juga


Akhirnya
Berita itu sampai juga
Selepas zaman keguguran bermula.

Akhirnya
Berita itu sampai juga
Selepas titik titik air hujan
menjadi bosan menyentuhi kakiku.

Akhirnya
Berita itu sampai juga
apabila badanku mula
mengeletar dan mengigil.

Akhirnya
Berita itu sampai juga
Selepas mempelajari cara merenung
bumbung yang terbuka.

Akhirnya
Berita itu sampai juga
Pada hujung minggu yang malas
Pada musim hujan yang tidak diingini
Pada akhir tahun 2010
“En.Muthu dari kampung Bangali
yang masuk Negera ini pada tahun 1956
akhirnya telah dapat kewarganegaraan”

k.balamurugan
sungai petani

No comments:

Post a Comment